Herba Mandian Azzahra

Product Code: Herba Mandian Azzahra
Availability: 41
Price: RM60.00
Ex Tax: RM60.00

Qty:

 

Kandungan:
Serai wangi, inai, halia bara, rempah gunung, meringan, serai acheh, sireh kampung, daun buah pala, bunga lawang, kayu manis, timun tasik dan lengkuas merah dan juga garam bukit.

Herba Mandian Azzahra sesuai digunakan oleh ibu di dalam pantang untuk dibuat mandian. Anda hanya perlu merebus herba ini ke dalam periuk selama 20 minit dan curahkan ke dalam baldi yang telah dicampurkan dengan air biasa.

Khasiat Herba Mandian Azzahra antaranya adalah:
– menyegarkan badan si ibu
– membuang angin
– mempercepatkan proses penyembuhan luka kesan bersalin
– meringankan badan
– mewangikan badan
– mematikan kuman

herba mandian2

Keistimewaan Herba Mandian Azzahra ialah: 
– Dijadikan sebagai herba mandian biasa (bg ibu di dalam pantang)
– Dijadikan sebagai herba rendaman kaki untuk kelegaan kaki yang letih dan menyegarkan kaki
– Dijadikan sebagai herba tangas

Apabila anda bertangas, anda seeloknya mencampurkan 2 biji manjakani yang telah ditumbuk kasar dan 1 keping asam keping ke dalam periuk tanah. Rebus kedua bahan ini bersama Herba Mandian Azzahra sehingga menggelegak. Gabungan kesemua herba ini mampu memberikan kebersihan optimum untuk faraj, menyihatkan rahim, menyuburkan rahim, sesuai untuk ibu yang keguguran, berkesan mengetatkan faraj dan menghilangkan keputihan.

Herba ini juga sangat bagus digunakan oleh semua wanita di luar sana yang begitu menjaga penampilan diri, luaran dan juga dalaman. Amalkan mandian herba setiap hari khasnya bagi ibu yang berpantang untuk kesihatan, tenaga, dan menyerlahkan kecantikan anda. Wanita yang bekerjaya juga sesuai untuk mandian herba ini khasnya untuk menghilangkan keletihan, menyegarkan, dan mengatasi tekanan.

 

 

Cara Penggunaan:

Rebuskan 3-4 sudu herba mandian azzahra di dalam periuk bersama air secukupnya selama 20 minit. Tuang air rebusan itu ke dalam baldi atau bath tub. Herba yang telah direbus itu boleh diulang rebus selama 3 kali.

Lebih disyorkan anda titiskan beberapa titis Pati Minyak Serai Wangi ke dalam air herba di dalam baldi anda. Ia akan menambahkan khasiat mandian anda dan memberikan khasiat aromaterapi untuk dalaman anda.

 

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: